Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
*************************************
"Datang"
"Saya dengan ini menconfirmkan diri"
"Insha Allah esok saya pergi"
"Mestilah pergi, jumpa Mahathir kot!"
"Kitaaaaaa pergi"
"Asif tak dapat pergi."
Semua kepimpinan pergi! Kecuali seorang. Semua pergi kecuali seorang. Subhanallah. Subhanallah. Bahagianya rasa. Sungguh gembira dan bahagia. Terharu pun ada. Bukan senang nak berkumpul ramai2 macam ni satu keluarga. Ya, kita adalah keluarga. Kamu keluarga saya. Saya keluarga kamu. Terima kasih keluargaku! Semoga Allah berkati kalian semua.
***************************************
Semasa sedang leka melipat kain telekung, bahu disapa dari belakang. Pandangan lantas dialih memandang si dia yang menyapa. Dengan senyuman manisnya, dia memandang dengan wajah penuh kegembiraan.
"Kak Wani!"
"Yaaaaa..."
Tanpa menghiraukan yang lain, kami bersalaman, berpelukan di dalam surau Bangunan Felda tersebut melepaskan rindu yang sekian lama terpendam. Subhanallah. Berjumpa lagi kita. Sungguh saya rindu akak2 semua. Perkampungan MAMPU Kg. Relung, mencipta memori kita bersama, dan di sini kita dipertemukan kembali. Syukur ya Allah.
*****************************************
"Kak Aina suapkan saya!"
Bestnya makan orang suap. Kak Aina suap nasi. Khadijah suap kek. Sedapnya kek! Nyum nyum. Bestnya dapat berkumpul ramai2 macam ni. Brothers jauh di meja hadapan. Sisters semeja juga, makan sama2, saling suap-menyuap, bertukar-tukar cerita. Senyap dan teruja ketika mendengar ucapan Tun Dr. Mahathir tapi tak lama kemudian, sambung balik bercerita. Untunglah duduk meja paling belakang. Terlindung di sebalik tiang. Bestnya. Seronoknya. Bahagianya. Berkumpul bersama kalian, keluarga baru saya.
***************************************************
"Kak Wani jangan lupakan saya taw!"
"Ya, ya. Insha Allah."
"Kirim salam kat Kak Alya kat UiTM nanti taw kalau jumpa dengan Kak Alya"
"Okay!"
Entah sudah ke berapa kali salam dihulur, ucapan perpisahan diungkapkan namun masih berat rasa hati ini ingin meninggalkan Kak Wani. Di hadapan kami, beberapa orang pelajar UiTM yang lainnya. Juga sedang menanti dan berkira-kira untuk pulang ke UiTM. Ustaz yang datang bersama rombongan universiti Kak Wani turut ada bersama dan tiba-tiba, Ustaz tersebut memanggil saya dan kata beliau sambil tangan menunjuk kepada salah seorang brother yang turut ada bersama beliau;
"Nak tak kalau ada orang nak kenalan?"
"..........."
Erk! Apakah?
Enjin bas dimatikan. Alhamdulillah selamat sampai di Pusat Asasi. Tangan mencapai beg dan berkira-kira untuk turun.
Ya Allah, peliharalah ukhuwah yang terjalin sesama kami ini ya Allah. Keluarga baruku ini, kecintaan ku.
********************************************
::Tolong suruh semua istighfar beberapa kali dan bacakan doa rabitah, boleh?::Mesej dikirim. Bas semakin laju meluncur di tengah jalan raya pulang ke Pusat Asasi.
::Bunyi bas ni bising lah, nanti tak dengar. Lagipun tekak aku sakit nih::
Mesej diterima. Ohw, hurm. Tak apalah. Terima kasih. Lantas, telefon diletakkan di sisi tempat duduk penumpang dan pandangan dialih memandang kenderaan2 di jalanan. Jujur, sedikit hampa.
**********************************************
Enjin bas dimatikan. Alhamdulillah selamat sampai di Pusat Asasi. Tangan mencapai beg dan berkira-kira untuk turun.
"Assalamualaikum semua, Alhamdulillah kita dah selamat sampai dan Alhamdulillah program kali ini berjaya menguatkan lagi ukhuwah antara kita, merapatkan lagi hubungan kita semua........"Habis sahaja bercakap, tangan diangkat lalu doa rabitah meluncur laju daripada mulut manusia itu. Wah, terima kasih! Tak hampa dah.:)
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,
bertemu untuk mematuhi perintahMu,
bersatu memikul beban dakwahMu,
hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat
dan menyokong syariatMu,
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini pada jalannya,
penuhkanlah hati ini dengan
cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap,
lapangkanlah hati ini dengan limpahan keimanan
dan keindahan tawakal kepadaMu,
hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifahMu,
jika Engkau mentakdirkan kematian maka
matikanlah pemilik hati ini sebagai
para syuhada dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini."


my family..meriah dengan mesej korang raya2 ni :)