Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
"Nisa ada masalah ye? Cuba cerita kat akak, Nisa ada masalah apa?" Lembut Aisya memujuk Nisa supaya berterus-terang. Dia sedar ada sesuatu yang tidak kena pada adik iparnya itu. Wajah Nisa tidak seceria selalu.
"Mana ada kak. Nisa kebetulan je lalu dekat area sini, so Nisa singgahlah rumah akak, nak tengok muka kakak ipar kesayangan Nisa yang sorang nih. Rindu tahu. Kenapa? Akak tak suka Nisa datang eh? Akak tak rindu Nisa eh?" Nisa menarik muka masam.
'Alahai, jenuh pulak nak memujuk tuan puteri ni nanti, hehe' Aisya senyum manis.
"Eh akak tak cakap pun macam tu. Tak baik tahu su'uzhan dengan akak ipar sendiri. Nanti tak boleh berbuka kat sini. Akak masak sedap taw hari ni. Nyum Nyum. Sedapnya.." Aisya cuba memancing Nisa.
"Whoa! Akak masak apa kak?!" Nisa teruja.
"E'eh bukan ke tadi orang tu merajuk. Tetttt," Aisya bermain tarik tali. Bestlah pulak rasanya mengusik tuan puteri sorang nih.
"Alaaaa Nisa gegurau je. Mana ada. Gurau senda kan mengeratkan hubungan kekeluargaan gitu. Betul tak, Kak Aisya yang chomel," Nisa mengenyitkan mata pada Aisya.
"Ish, sama je macam abang kamu tu. Like brother, like sister,"
"Hee. Minta maaf kak. DNA trait keluarga kami memang macam nih. Bersiap-sedialah, nanti anak-anak akak pun sama jugak nanti. Hehe..." Nisa mula ceria kembali.
Eh, alamak. Tersentuh isu sensitif. Aiyark! Nisa memarahi diri sendiri. Bukannya dia tidak tahu abang dan kakak iparnya ini masih belum dikurniakan zuriat walaupun sudah dua tahun mendirikan rumah tangga. Tersasul, tersasul. Huhu. Waaa, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Tiba-tiba dia teringat tagline salah sebuah rancangan realiti di televisyen. Nisa menggaru kepala. Rasa bersalah.
Dia memandang Aisya. "Kak, Nisa minta maaf."
Aisya tersenyum manis menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya. "Nisa, akak ada sesuatu nak bagitahu Nisa,"
"Eh ni senyum-senyum ni...jangan-jangan akak dah....." Nisa sengaja membiarkan ayat itu tergantung.
Aisya mengangguk perlahan. "Alhamdulillah. Masya Allah Kak Aisya. Tahniah tahniah tahniah," Tidak terungkap kegembiraan yang dirasakannya pada saat itu. Nisa terus memeluk Aisya, erat.
"Abang Hafizuddin dah tahu?" Nisa melonggarkan pelukan. Tangannya masih memegang erat lengan Aisya.
Aisya menggeleng. "Belum. Masa berbuka nanti baru akak nak bagitahu. Nisa orang pertama yang tahu. Akak baru je lepas check tadi. Guna pregnancy test kit."
"Wahhh, terharunya! Padan muka abang jadi orang kedua yang tahu. Tahniah kak. Patutlah akak masak sedap hari ni, meraikan berita gumbira rupanya..."
Aisya sekadar tersenyum. Wajahnya berseri-seri. Sungguh, dia juga sangat gembira dan bahagia dengan kehadiran insan kecil di dalam rahimnya kini. Dua tahun menanti, akhirnya saat itu tiba. Syukur ya Rabb.
"Sebenarnya kan Nisa, akak tak masak lagi. Hehe. Akak keluar tadi, pergi farmasi. Beli ubat sebab kepala akak sakit. Entah, akak tergerak hati untuk beli sekali test kit tu dan bila akak test, Alhamdulillah, tekaan akak betul. Em, Nisa tolong akak masak ye. Tapi rasanya awal lagi nih. Akak nak buat kuih dulu kot. Nisa tolong akak ye, Nisa yang chomel," giliran Aisya pula mengenyitkan mata pada Nisa.
"Ohw....dah pandai ehh akak sekarang...main kenyit-kenyit mata. Ok kak. Bisa diurus. Beres. Akak nak Nisa tolong apa cakap je, tuan puteri chomel sedia berkhidmat," Aisya tersenyum melihat keletah adik iparnya itu.
Aisya mematikan suis elektrik. Daun pandan yang dikisar tadi dibawanya ke sinki kemudian diperah Aisya bagi mendapatkan airnya.
"Boleh sayang.. Tapi sebelum tu, Nisa tolong akak ambilkan beras pulut dalam laci bawah tu, lepas tu Nisa tolong basuhkan ye, si chomel," Aisya menuang air pandan tersebut ke dalam periuk lalu diletakkannya di atas dapur.
Aisya mengambil tempat di atas kerusi. Nisa sedang leka mencuci beras di sinki. Beras pulut yang selesai dicucinya itu kemudiannya ditapis bagi membuang lebihan air basuhan tadi. Sementara menunggu, dia mengambil tempat di sisi Aisya.
Aisya memandang Nisa dengan senyuman manis terukir di bibirnya. "Tuan puteri nak tanya apa tadi?"
Nisa tersenyum. Pandai kakak iparnya ini mengambil hati. "Macam ni, akak rasa kan, jahat tak kalau kita ada rasa dengki dan cemburu dengan orang lain,"
Melihat air pandan tadi mula mendidih, Aisya bangkit lalu mengambil beras pulut yang telah dicuci tadi lalu dimasukkannya ke dalam periuk itu tadi dan dikacaunya dengan senduk kayu.
"Macam mana nak jawab yea...em dengki dan cemburu tu yang memotivate ke arah kebaikan ke memotivate ke arah yang tak baik?" Aisya cuba mendapatkan gambaran yang lebih jelas.
"Entahlah kak. Nisa pun tak tahu," balas Nisa bersama satu keluhan berat.
"Nisa tolong ambilkan pewarna hijau dalam laci atas tu, sayang,"
Botol pewarna kecil itu bertukar tangan. Aisya membuka penutup botol lalu menitikkan beberapa titis pewarna ke dalam periuk. Botol kecil itu diserahkan kembali kepada Nisa yang masih berdiri di sisinya. Aisya perasan wajah Nisa mula kembali sirna.
Aisya mengacau beras pulut tersebut. Setelah airnya kering, Aisya menutup api.
"Nisa tolong ambilkan daun pisang yang akak dah potong atas meja tu. Sekali dengan tali rafia kat sebelah tu ye. Mari kita selesaikan dulu kerja ni, lepas tu akak boleh fokus pada adik sayang akak nih, boleh tak tuan puteri yang chomel?" Aisya memandang tepat ke wajah Nisa dengan sebuah senyuman.
Nisa mengangguk perlahan. "Okay, "
Aisya mengangkat periuk berisi pulut tersebut lalu meletakkannya di atas lantai. Nisa meletakkan keratan daun pisang di sebelah Aisya beserta dengan tali rafia lalu melabuhkan sila di hadapan Aisya.
Aisya mengambil sesenduk pulut dan meletakkannya di atas daun pisang. Merasa tidak mencukupi, Aisya menambah lagi satu senduk pulut kemudian menggulung kemas daun pisang tersebut. Kemudian, tali rafia dicapai bagi mengikat kedua-dua hujung gulungan daun pisang tersebut. Nisa yang tadi hanya memerhati mula mengikut perlakuan kakak iparnya itu.
"Okay, sekarang cuba Nisa cerita kat akak satu-persatu apa yang dah jadi, sayang," sekali lagi Aisya memujuk supaya Nisa berterus-terang. Tidak tegar rasanya melihat adik iparnya itu bermuram durja. Hilang chomel tu nanti.
"Em em huhu. Nisa rasa Nisa jahat la kak...."
*bersambung...

***
Daun pandan yang dihiris halus tadi dimasukkan Aisya ke dalam blender. Punat ON ditekan. Ruang dapur bingit dengan bunyi bilah blender mengisar lumat daun pandan. Nisa sekadar memerhati dari tempat duduknya di meja yang terletak di tengah dapur.
"Akak....Nisa nak tanya something boleh tak?"