Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Lagu Muslimah by Nazrey Johani. Farha yang perkenalkan masa awal sem hari tu. Ingat lagi muka Farha yang excited masa tu, minta carikan lagu nih. (^-^) Bila dah dengar lama-lama, jadi suka sangat. Sangat memotivasi dan menginspirasi. Woot2.
Minggu lepas, semasa dalam perjalanan ke talaqqi, saya diuji dengan sedikit ujian kecil. Perlu kepada kesabaran yang tinggi dan mujahadah supaya tidak mudah berputus asa. Sempat dengar lagu nih dalam Music Player handphone masa menunggu bas di Pasar Seni, whoa, terus naik semangat. Yup! Muslimah kena kuat! Never give up, okay!
Dan alhamdulillah, saya berjaya sampai di talaqqi Madrasah An Nur di Surau As Syafie, Subang Jaya tepat jam 11.54 pagi setelah memulakan perjalanan seawal jam 9.30 pagi. Enam minit sebelum talaqqi bermula. Alhamdulillah.
Bila dah berada di talaqqi, penat lelah perjalanan seakan tidak terasa. Sungguh. Lagi-lagi bila terbau wangian yang biasa saya bau setiap kali hadir ke talaqqi tersebut. Atmosfera yang nyaman dan sangat welcoming. Lagi-lagi bila dengar suara Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid. Subhanallah. Best3! Amirah Hazwani cakap, bolehlah tulis travel log lepas nih. Em, hehe belum lagi rasanya Amirah.
::MUSLIMAH::
Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu
Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia
Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati
Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati
Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya
Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah
Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta
Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati.
(^-^)

