::saya & TUDUNG LABUH::


~بسم الله الرحمن الرحيم





Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."

Minggu lepas, saya dan keluarga pergi ke Nagoya bagi membeli kain ela untuk menjahit tudung labuh saya. Dah namanya pusat tekstil, banyaklah kain-kain ela dan banyak jugaklah orang-orang lain yang datang untuk membeli kain. Memang ramai betul orang. Agaknya mungkin masing-masing ingin membuat persiapan untuk Hari Raya Aidilfitri. Baju raya untuk Aidilfitri? Sekarang baru bulan Rejab. Em, biasalah tu, beli kain dulu, lepas tu nak upah tukang jahit lagi, lama kan. 

Sambil tangan membelek-belek kain ela berwarna hitam di hadapan saya, ayah datang dan menanyakan kain yang saya inginkan. Huaa, saya tak reti nak pilih. Mana pernah beli kain untuk buat tudung labuh. Kain baju raya tahulah. Huhu. Waktu macam ni lah rasa nak pergi culik Bahirah kat rumah dia kejap, suruh pilihkan, ajar apa-apa yang patut pasal nak pilih kain buat tudung labuh, pastu baru hantar dia balik. Bahirah,,,,, aina anti? T.T

Kesian ayah. Anak ayah ni memang menyusahkan je. Huhu. Nak pilih pun banyak kerenah lagi. Yang tu tak nak, yang ni tak nak. Aishh. Sampai rasa macam, "dah lah, tak payahlah beli kain ela, beli yang dah siap jahit je nanti". Tapi, ayah pujuk jugak suruh beli, "beli lah satu, biar mak jahitkan, nanti beli lagi yang dah siap jahit". Huaa.  Time macam ni jugak lah rasa bertuah sangat-sangat dapat ayah yang sangat penyabar layan anak perempuan sorang nih. Alhamdulillah syukur. Huhu. Mak pulak tengah bercakap-cakap dengan akak pekerja kedai. Akak tu cakap kat atas lagi banyak pilihan kain kosong nak buat tudung labuh. Ohw, jom! Up up and away~

Di tingkat atas memang ada banyaaak kain kosong. Ada kain langsir, kain baju sekolah dan banyak lah kain-kain lain. Ayah menuju ke deretan kain-kain ela kosong di sebelah kanan kedai, saya mengekori di belakang. Ayah kemudiannya menunjukkan segulung kain ela hitam sambil menanyakan pendapat saya. Erm, mata tengok atas, "RM 14.80 semeter?" Ayah yang seakan memahami memandang saya, "jangan tengok harga, tengok kain, ayah bayar." Huhu. Part ni paling tak suka. Rasa bersalah. 

Kami adik-beradik memang tak suka menyusahkan mak ayah dalam bab nak beli apa-apa  nih. Selalunya kami menggunakan duit sendiri tanpa mengharapkan duit daripada mak ayah. Tapi, dalam keadaan kami yang masih belum bekerja, ada kalanya memang ayah dan mak yang  bayarkan dan masa tu, memang terpaksa tanggung rasa bersalah yang amat sangat. Macam menyusahkan mak ayah je. Huhu. 

Saya mengangguk perlahan. Amek je lah. Huhu. "Kalau nak buat tudung labuh biasanya berapa meter?" Ayah bertanya kepada seorang akak pekerja kedai tersebut. "Semeter setengah." Jawab akak tersebut. Alhamdulillah, ilmu baru. Semeter setengah kain diperlukan untuk menjahit tudung labuh. Ohw. (^-^)  

Sementara ayah uruskan pembayaran di kaunter, saya terlebih dahulu turun ke bahagian bawah kedai. Wah, memang ramai betul lah orang. Sempat juga mata ini mengerling melihat ke arah pelanggan-pelanggan yang lain. "Cepat-cepat pilih, nak baju raya warna apa?" Kata si ibu di hadapan saya kepada anak perempuannya. "Kena pilih sendiri ke mak?" Jawab si anak. Saya sekadar tersenyum. Beli baju raya ehh? Pilih yang cantik-cantik taw! Hoho.

Saya berjalan menuju ke bahagian depan kedai, ke arah deretan kain ela kosong. Pandangan saya kemudiannya beralih pada seorang wanita yang sedang memegang kain ela bercorak berwarna merah lembut. "Abang, yang ni?" Tanya wanita tersebut kepada seorang lelaki yang tidak jauh darinya. Barangkali itu suaminya. Wah, memang cantiklah kain tu. Pandai akak pilih. Wahai si suami akak tu, silalah puji isteri anda... 

Saya kemudiannya membelek-belek lagi kain ela yang ada. Warna hitam ayah dah beli. Nak warna pink, biru, hijau, purple dll. Wah, tamak sekali ya kamu. Hehe. Dah ada putih dan hitam. Okay lah tu. Sekarang kan tengah dalam proses membiasakan diri dengan pemakaian tudung labuh. Tak apa, beli sikit-sikit dulu. Saya tidak ingin terlalu drastik dalam melakukan perubahan. Biarlah hati dan diri ini benar-benar serasi dan selesa dengan imej baru ini di samping  mengikhlaskan diri hanya mengharapkan redha daripada Allah SWT semata-mata.

Di samping membiasakan diri sendiri, saya juga ingin membiasakan orang-orang sekeliling dengan imej baru ini. Cuti kali ini saya berpeluang mengenakan tudung labuh di hadapan keluarga dan saudara-saudara terdekat serta guru-guru di sekolah lama. Takut, gementar dan pelbagai perasaan bercampur-baur. 

Di CFS, dalam bi'ah solehah yang cuba diterapkan, pemakaian tudung labuh adalah norm, kebiasaan dan tidak terlalu kekok apabila mengenakannya. Apatah lagi jika dikelilingi sahabat yang sememangnya bertudung labuh. Namun, tatkala kaki melangkah ke luar CFS, menginjak ke dunia luar, luar dari CFS yang tertutup dan terlindung, perasaaannya agak berlainan. 

Namun, apabila diingatkan kembali "we don't necessarily need to be accepted by others, we just need to be accepted by Allah. Just be yourself and get accepted by Allah", saya kembali yakin. Insha Allah. Keredhaan Allah atas segalanya. 

Alhamdulillah, reaksi yang diterima daripada keluarga, saudara terdekat, guru-guru adalah positif. Pandangan mereka. Jelas menyatakan segalanya.  Saya sedar, mereka perlu masa untuk menyesuaikan diri dengan penampilan baru saya, sebagaimana saya juga memerlukan masa untuk kekal istiqamah. Jadi, khair, tiada masalah. (^-^) 

" Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "                                       [Al-Ahzab:59]

"Dan orang-orang yang berpegang teguh dengan Kitab Allah serta mendirikan sembahyang, sesungguhnya Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki (keadaan hidupnya)."             
                                                                                                                         [Al-A'raf:170]                                    

"(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."          [Ali-Imran:8]




::ALLAH does not look at your face, body, rather HE looks at you HEART::

2 responses to “::saya & TUDUNG LABUH::

  1. ya khair... sama la mcm akak juga :)
    -kak nisa

  2. kak nisa!
    rindu sangat..huhu..
    doakan saya kak.. :)

Leave a Reply

Powered by Blogger.
Super Kawaii Cute Cat Kaoani