TALAQQI

It is 8.35 pm in Mahallah Zainab Jahsy, CFSIIUM and I am officially in the dark. The light is off and so does the fan. Mahallah tak hitam keluar (read as blackout). Tak. Saya cuma nak menunjukkan sokongan, dukungan dan penglibatan dalam Jam Bumi 2012. Earth Hour 2012. Hari ni kan, 31 Mac. (^-^)

Dengan bateri lap top yang berbaki lagi 67 %, saya teringin untuk berkongsi tentang talaqqi. Insha Allah.

To be very honest, before coming to CFS, I barely knew nothing about talaqqi. The only thing that I knew about talaqqi was the fact that Fahri, the main character of Ayat-ayat Cinta used to be in Syeikh Ustman's talaqqi. Seriously, that was the only thing that came out from my mind when speaking about talaqqi.

Fahri dan talaqqi Syeikh Ustman


Right until one day, my senior and I was on our way to attend a meeting and we passed by the Al Malik Faisal Hall nearby our mahallah. There was a lot of people coming out from the hall and so did my senior. She was also from the hall but she came out early  to fetch me so that we can both go to the meeting together as I was still a fresh newcomer of CFS. 

I knew that they were just attending a talaqqi but still I knew nothing but only a few about talaqqi. So, I asked my senior.

"Akak, talaqqi tu macam mana?"

"Talaqqi tu kita belajar kitab daripada ustaz. Macam tadi, Ustaz Muhadir ajar kitab Bidayatul Hidayah. Bidayatul Hidayah ni kitab karangan Imam Ghazali, maksudnya Permulaan Hidayah. Setiap malam Jumaat. Lepas talaqqi tu akan ada soal jawab, macam2 soalan ada."

Only then I knew what talaqqi is all about. Thank you Kak Aisyah. (^-^)

After coming back from the meeting, my roomate's friend who was very overwhelmed by her very first experiences attending the talaqi came to our room. I can still remember vividly her exciting face telling us that she felt like being in an Arabian country in the talaqqi as almost every brothers (the term used to represent the male students in CFS) were wearing white jubah with their turban and riddak (pardon me if I spell it wrongly). 

She told us that Ustaz Muhadir was not only good in lecturing but also had a great sense of humour. She also briefly explained us the flow of the talaqqi, what had been discussed in the talaqqi and she was indeed very happy attending the talaqqi. Wah! 

And so, starting from that particular night, I felt like attending the talaqqi. So, the next following week, my roomates and I went to the talaqqi for the first time in Musolla Ground Floor Mahallah Khadijah. It was great! Indeed it is such a very good experiences. That was how I was first engaging with talaqqi in CFS.

Tamat semester 1, kami bercuti 3 bulan. Lama. Sangat lama. Sangat rindukan talaqqi. Sangat rindukan Ustaz Muhadir. Saya pernah terdengar beberapa sahabat mengatakan bahawa Ustaz Muhadir turut mengajar subjek Basic Themes of Quran (BTQ) di CFS yang tercinta ini.  Wah, alangkah indahnya kalau dapat belajar dan berguru dengan Ustaz Muhadir. Bukan dalam jumlah ahli pengajian yang ramai seperti di dalam talaqqi tapi dalam skala 20-30 orang pelajar seperti di dalam kelas. Dapat berhadapan dan dekat dengan Ustaz. Subhanallah, bestnya!

Maka, saya berdoa dan berdoa semoga Ustaz Muhadir akan mengajar saya nanti. Selain berdoa, saya juga tidak lupa untuk beramal dengan apa yang telah diajar oleh Ustaz Muhadir dan semoga dengan berkat amalan itu juga, Allah mengurniakan Ustaz Muhadir sebagai pensyarah di dalam kelas yang bakal saya duduki pada semester seterusnya. 

Alhamdulillah, rezeki dari Allah, pada saat saya menyemak nama2 pensyarah semester baru, tertulis Muhadir Bin Haji Joll pada kolum bersebelahan subjek Basic Themes of Quran. Sungguh, perasaan yang sangat sukar untuk digambarkan. Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kepada Allah kerana telah memakbulkan doa saya. 

Sepotong nama seorang insan yang sangat saya kasihi dan hormati yang tertera pada skrin komputer riba saya itu benar2 membuatkan saya gembira dan senang hati sepanjang hari tersebut. Tidak sabar rasanya untuk menjejakkan kaki ke dalam kelas untuk sama2 belajar bergurukan Ustaz Muhadir yang dikasihi dan dihormati

Besides talaqqi in CFS, my senior did invite me to join talaqqi outside CFS. In Madrasah An Nur located in Pantai Hillpark. Lecture by Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid. But, I kept on giving excuses for having a lot of work to be done, studying for quizzes and etc. Silly me. According to what Ustaz Muhadir had taught in BTQ, my situation can be classified as not yet receiving Hidayah Taufiq. Ish3. Until then, during our revision week before Mid Semester Exam, when others were struggling their very best to excel in the examination, I chose to attend the talaqqi. 

I waited for Kak Aisyah at the post guard office and when Kak Aisyah arrived, she asked us to wait for one more sister (the term used to represent female student in CFS) . She did mention the sister's name as Amirah but I was unable to recall my memory any Amirah that I had known to be friend with Kak Aisyah. But once the sister arrived, even covered in her beautiful black niqab, I could still recognised her and immediately my heart was pounding fast. 

"It is her! It is her! Amirah Hazwani."

Subhanallah. The one whom I admire. I smiled and my heart was smiling either.

Talaqqi in Madrasah An Nur. Lecture by Ustaz Azhar Hisyam, Habib Najmuddin and also my beloved Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid. I love being there. I love the atmosphere inside the madrasah. I love the people in the talaqqi. I am still new in the talaqqi so I barely know each one of the learner of the talaqqi. 

Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid


Walaupun masih baru, tapi saya benar2 merasakan suasana yang sangat nyaman dan selesa sewaktu berada di sana, menyebabkan saya tidak ingin ketinggalan walaup sekali pun pengajian talaqqi tersebut. Walaubagaimanapun, beberapa minggu yang lepas, saya tidak dapat menghadirkan diri ke talaqi tersebut kerana terikat dengan amanah dan tanggungjawab menguruskan pasukan untuk SMAC CFSIIUM. Hiba dan rugi rasa hati tapi saya tetap tidak ingin dikategorikan sebagai munafiq kerana tidak menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya. Maafkan saya kerana ketinggalan talaqqi pada minggu tersebut ya Allah. 

Pengalaman menarik sepanjang berada di talaqqi tersebut sememangnya tidak mudah untuk dilupakan. Seperti yang saya sudah sebutkan di atas, saya masih baru dalam pengajian talaqi tersebut. Pada minggu kedua saya  mengikut pengajian tersebut, setelah tamat pengajian, kami menunaikan solat Zohor berjemaah. Di saf sebelah kiri saya, terdapat seorang wanita asing, yang kelihatannya bukan daripada kalangan rakyat tempatan. Beliau mengenakan kain telekung berwarna oren kekuningan. Seusai solat, saya bersalaman dengan beliau. Teringin rasanya untuk bertegur sapa dengan beliau, namun saya membatalkan hasrat tersebut kerana keterbatasan bahasa untuk berkomunikasi dan sememangnya saya tidak fasih berbahasa Arab. 

Kemudian, beliau berbual dengan beberapa ahli pengajian yang lainnya. Setelah beberapa lama bersembang, beliau memberitahu bahawa beliau merupakan zaujahnya Habib Mahdi. Ahli pengajian yang tadinya rancak berbual dengan spontan terus memeluk beliau. Suasana agak riuh sebentar. Subhanallah. Isteri kepada salah seorang susur galur keturunan Rasulullah SAW. Saya menunaikan solat di sebelah beliau sebentar tadi. Subhanallah. 

Minggu lepas, Alhamdulillah Allah telah memberikan saya peluang untuk beramah mesra dengan si kecil Zam Zam, bintunya Habib Najmuddin. Zam Zam, kanak-kanak perempuan cilik berusia sembilan tahun yang sangat ramah. Saya cuba bertutur dengannya dalam Bahasa Arab sekadar apa yang saya telah pelajari dalam kelas Bahasa Arab di CFS. 

"Ma ismuki?"

"Zam Zam!"

Senyuman terukir. Subhanallah. 

Sambung Zam Zam lagi dalam Bahasa Arab yang tidak saya fahami namun dapat saya tangkap sedikit maksudnya. Barangkali beliau cuba mengatakan bahawa;

"Di Malaysia, orang biasa mendengar  Zam Zam Ala Kazam"

Saya ketawa. Teringat satu babak dalam filem P. Ramlee. Zam Zam, kanak-kanak cilik yang comel. Sewaktu makan, Zam Zam yang pada mulanya enggan makan turut sama menyertai saya dan makan di sebelah saya. Sebelum itu, terdapat seorang kakak ahli pengajian yang menjual niqab. Ramai yang mencuba mengenakan niqab yang dijual oleh beliau tersebut. Tidak ketinggalan Zam Zam. Langsung saya memujinya.

"Anti jamilah jiddan."

Dia tersenyum seraya menggeleng. Subhanallah, bijak si cilik ini merendah diri tatkala dipuji. Sewaktu ingin bergerak pulang, Zam Zam menghampiri saya dan menghulurkan tangan untuk bersalam lantas saya menyambutnya. Sebak rasanya. Ingin berpisah dengan keturunan mulia Rasulullah SAW. 

Ya Allah, kau tetapkanlah hatiku dalam mengikuti pengajian talaqqi bagi mempelajari ilmu-ilmu-Mu yang tidak terhitung banyaknya. Berkatilah aku padanya Ya Allah. 

4 responses to “TALAQQI

  1. cougar

    salam fatin....nice blog....rupa2nye hebat jgk ko ni....semoga mnjadi wanita yg solehah didunia dan akhirat....;)

  2. cougar

    http://al-fanshuri.blogspot.com/2012/04/pembelaan-ke-atas-guru-mulia-al-habib.html

  3. Salam alayk~

    fatin square!! miscall i boleh?
    I lost ur contact number.
    Huhu~
    want to ask u something.
    private heh~

Leave a Reply

Powered by Blogger.
Super Kawaii Cute Cat Kaoani