Jadi Cikgu? Yakin akhirnya~


Huaaa, sudah lama tidak ketemu~~

Rindu serindu-rindunya. Serius tak tipu. (^-^) Mari3 berkongsi cerita~~

Setelah sekian lama bertangguh, bertangguh dan bertangguh untuk berblogging, akhirnya hari ini terlaksana juga. Whoa! Semua gara-gara kejutan dari Magnet yang tersayang. Huhu. Kejutan. Indeed I was surprised dear Magnet, but in a good way Alhamdulillah. Thanks Magnet and you too, Kak Ayu. (^-^) Waah, mood sangat happy nih. Syukran kathiran to Kak Ayu yang sudi melawat ke bilik yang tak berapa indah nih, alahai malunyaa~ Jauh berjalan dari maktab ke CFS, terbaik la akak!

Thanks to Kak Ayu, Alhamdulillah now I am very sure about my planning, my ambition and my dream of becoming a teacher Insha Allah. Insha Allah, after completing my degree in Kuantan, bolehlah minta Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Jadi cikgu insha Allah. Insha Allah dipermudahkan. Tajdid niat, tingkatkan usaha dan banyakkan doa dari sekarang. Insha Allah tercapai~

Kenapa cikgu? Err, hehe. Emm, abang pernah cakap dalam mesej :

“Jadilah cikgu, mak teringin nak tengok anak mak jadi cikgu.”

Tapi kan, sebenarnya mak suruh abang yang jadi cikgu, tapi abang tak minat. Instead of jadi cikgu, abang pilih Sains Komputer kat USM tu. Sejarah lama yang berulang tapi dengan watak yang berbeza. Kenapa cakap macam tu? Sebab dulu nenek pun  pernah suruh Pak Su jadi cikgu, tapi Pak Su tak minat. Pak Su chose Computer Sciences gak. Macam kes abang. And now Pak Su is very expert in semua hal ehwal komputer and he was the one who responsible dalam uruskan pembelian lappy kesayangan ni sampai boleh dapat harga murah. Hoho. Syukran Pak Su! Hopefully abang pun nanti macam tu, bolehlah my anak2 beli lappy dengan harga murah nanti kat Pak Long depa. Wah3 jauhnya berfikir~~~

Back to our main business, dah abang tak nak, so let me Insha Allah, fulfill my emak’s dream to have a daughter who is a teacher, a muallim and insha Allah a murabbi juga. Ehh muallimah kot. And murabbiah? Errr betul ke nih? Yela kot, tak terror Arabic macam Kak Ayu, huhu~


Lagipun kan, kalau jadi cikgu ni tak la sibuk sangat, kalau sekolah cuti, cikgu pun ikut cuti, yela, takkan nak jadi penunggu kat sekolah tu kan kalau dah memang cuti. Jadi, itu dah satu kelebihan kalau dah hidup berkeluarga nanti. Oke, tetiba terasa malu cakap tentang hidup bekeluarga, huhu, tak apalah, kita berfikir jauh ke hadapan, merancang dari sekarang. Tak salah kan? 


Lagipun lagi sekali kan, (pencemaran bahasa sungguh =.='') rasanya sungguh tak boleh hidup kalau lepas ambil Bioteknologi tu kena kerja dalam makmal buat research tu dan research ni. I need real human being untuk dibuat research instead of terperap dalam makmal saja. Nak jadi human engineer insha Allah. Wah, macam hebat je bunyi. Huhu. Nak jadi murabbi juga insha Allah. Besar betul harapan, tak apa, dare to dream big and dare yourself to fulfill it insha Allah. 


Institusi pendidikan pun salah satu lapangan untuk berdakwah juga kan. Insha Allah. Sungguh diri ini masih terlalu kerdil untuk berdakwah tapi insha Allah, berusaha mengislahkan diri ke arah lebih baik seiring dengan mengajak orang kepada kebaikan juga.(^-^)

Selain tu, kan dah pernah merasa sebulan setengah bergelar seorang pendidik di SK Kepala Batas masa cuti semester lepas, insha Allah boleh masuk jiwa pendidik nih, aiseh, macam yakin jeh. Tak apa, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba-Nya. Think positive sudaaaa~ Insha Allah. (^-^)

Enough about nak jadi cikgu, nak share satu buku nih, by Hilal Asyraf.



Entahlah, memang buku ni irresistible. Malam2 sebelum tidur, mesti baca at least dua chapter. Ringan je tangan capai buku ni dan baca. Insha Allah tak rugi. Buku nih menyentuh tentang aspek kehidupan kita sebagai hamba, cara-cara untuk hidup sebagai hamba yang sebenar-benar hamba. Buku nih memang sesuai untuk memahami hakikat sebenar cinta kepada Allah, Rasul, ibu bapa dan sekalian manusia. Pengolahan ayat pun santai dan tidak terlalu serius walaupun beliau membicarakan isu yang sememangnya adalah serius. Mungkin sebab cover dia pun cantik, hitam....macam ekslusif gitu, hoho~ Senang cerita memang bestlah! 

p/s : minggu depan mid sem exam.....maat taufiq wan najah untuk sahabat semua.(^-^) "Study kerana Allah, Exam kerana Allah." Slogan pada gambar dekstop baru menggantikan gambar kucing. Huhu. Saja nak bawa aura, mood exam tuh setiap kali menghadap lappy. Bagi reminder sikit, jangan menghadap lappy lama sangat, exam is just around the corner ya Fatin~~ Semoga dipermudahkan insha Allah~~





4 responses to “Jadi Cikgu? Yakin akhirnya~”

  1. Anonymous

    hehe..n_n

  2. kuang3...:)

    inshaAllah. semoga dapat jd tice ye..

  3. dah org tu xmau..hmm..doa2 taw bagi cita2 terbaru adikmu ini tercapai..oke2..insha Allah~

  4. Kak Ayu!
    haha..malu sudaaa~

Leave a Reply

Powered by Blogger.
Super Kawaii Cute Cat Kaoani