Sejujurnya,
terkadang saya rasa,
like i am not belong.
kalau ditelusuri perjalanan hidup saya,
sememangnya saya ni nomad.
berpindah-randah.
dari Sarawak ke Kedah,
dari Kedah ke Kuala Lumpur,
dari Kuala Lumpur ke Melaka,
dari Melaka balik semula ke Kuala Lumpur
dan kini di Pulau Pinang.
dan tentunya yang menjadi isu
bagi anak kecil seperti saya ini
ialah untuk mendapatkan kawan baharu
sedih juga kekadang
baru mula rapat dan serasi
dah kena berpisah
menangis dibuatnya
tapi
itukan lumrah
setiap pertemuan pasti ada perpisahan
setiap permulaan pasti ada penamatnya
cuma cepat atau lambat penentunya
dan kini
saya dah tinggal tetap di Pulau Pinang
lepas ayah rasmi tamat perkhidmatan
dan selepas lima tahun bermukim di sini
sekali lagi saya harus pindah
pindah lagi???
bukanlah pindah dalam erti kata sebenar
tapi perpindahan demi melanjutkan pelajaran
ke peringkat yang lebih tinggi
sampai bila nak duduk bawah ketiak ayah dan emak
huhu
dan masih lagi isu yang sama
pencarian mencari sahabat
cuma kali ini
lebih berhati-hati dan berwaspada
sebab dah terlebih dahulu dimomokkan
bahawa susah untuk mencari seorang sahabat sejati
di institusi pengajian tinggi
kerana
di sinilah pelbagai konflik akan timbul
kawan khianat kawan
kawan tikam belakang
dan macam-macam lagi
seram sejuk dibuatnya
tapi
aneh bin ajaib
kerana
sebaliknya yang saya temukan
sahabat di sini
sangat menyenangkan
sangat menggembirakan
dan sangat serasi dengan jiwa saya
alhamdulillah
syukur
sahabat yang tidak pernah lokek berkongsi ilmu
baik ilmu agama mahupun ilmu dunia
sahabat yang sentiasa mengingatkan saya
akan realiti hidup sebagai seorang hamba
sahabat yang sentiasa dan pasti ada
tika saya dalam kebuntuan dan memerlukan
mana mungkin saya lupa
peristiwa di musolla
saya bersama dua orang sahabat
sahabat saya menangis kesedihan
kerana hajatnya untuk menderma darah tidak kesampaian
air matanya begitu laju mengalir
semasa mengimami solat asar bersamanya
saya titipkan doa untuknya
makin kuat esak tangisnya
lantas saya usap belakang badannya lembut
semoga dapat mengalirkan sedikit ketenangan buatmu sahabatku
usai bersolat
kami menghampiri sahabat yang lagi satu
dan anehnya
dia pun menangis
bila ditanya
hanya air mata
yang semakin deras mengalir
menjadi jawapan
setelah dipujuk
akhirnya dia menceritakan
perkara sebenar
lalu saya cuba menenangkan dirinya
dan cuba merasionalkan semula
permasalahan dirinya itu
dan dia mula tenang semula
dengan sisa air mata yang cuba ditahannya
dan tanpa saya sedari
air mata saya turut mengalir
aduh
bagaimana mungkin
dan akhirnya kami bertiga
tenggelam dalam tangisan pada hari itu
tangisan yang dikongsi bersama sahabat sejati
sungguh
peristiwa itu sangat terkesan di hati saya
namun
yang saya risaukan
yang saya runsingkan
saya betul-betul rasakan
that i am not belong
sahabat-sahabat saya
adalah mutiara-mutiara Islam
yang indah begemerlapan
sangat indah kilauannya
terkadang terasa diri ini sangat kerdil
dibandingkan dengan mereka
mana tidaknya
diri ini selalu saja leka
kerap kali alpa
malah
saya bukan siapa-siapa
hendak dibandingkan dengan sahabat-sahabat mereka yang lainnya
sungguh saya merasakan diri saya di tahap yang terendah
saya tidak boleh dibuat rujukan tatkala mereka
kebuntuan dalam permasalahan agama
saya bukanlah seorang dari lulusan sekolah agama
bukan juga hidup dalam persekitaran agama yang hebat
saya hanya seorang biasa
berasal daripada persekitaran biasa
saya tidak mahir bertaranum mahupun menghafaz al Quran
tidak juga faqih ilmu hadis, tasawuf dan feqah
sungguh ilmu yang ada di dada ini
hanyalah apa yang telah saya perolehi melalui
sepanjang pembelajaran saya di sekolah
dan
pembacaan yang tidaklah sehebat mana
sungguh
saya hanya insan biasa
layakkah saya berteman dengan mereka???
dan setiap kali bisikan halus itu tiba
saya kuatkan diri memujuk hati
wahai diri
memang kau bukan siapa-siapa
tapi kau juga hamba
sama seperti mereka
dan bukankah telah Allah beritakan di dalam ayat cintanya
orang yang mulia dalam kalangan kamu adalah orang yang bertaqwa
jadilah orang yang bertaqwa
dan dampingilah orang yang bertaqwa
dan merekalah orang bertaqwa itu
dampingi mereka
belajarlah dari mereka
sayangi mereka
wahai diri
memang engkau bukan siapa-siapa
tapi bukankah kau sentiasa mencari
dan terus mencari
hakikat diri ini
carilah dirimu dalam diri mereka
contohilah kesolehahan mereka
contohilah kepatuhan mereka
contohilah kesungguhan mereka
dalam menggapai cinta dan redha Tuhanmu
duhai hati
janganlah engkau rendahkan dirimu sebegitu rupa
setiap manusia ada kelebihan mereka
carilah kelebihanmu
dan berbaktilah bersama mereka
duhai diri
memang engkau bukan siapa-siapa
tapi berusahalah untuk
engkau menjadi seseorang
yang dapat mereka banggakan
wahai sahabat sayang fillah
dengarkanlah
hatiku ingin berbicara
terima kasih atas kesudian kalian
menerima aku yang bukan siapa-siapa
terima kasih atas kesudian kalian
mengingatkan aku tatkala lupa
terima kasih atas persahabatan
yang terbina antara kita
sungguh
persahabatan ini tidak akan aku persia
insha Allah
dengan izinnya~


Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman
p/s : magnet.. we live to completing each other.. jgn fkir bkn2.. ble kta mnemui shbt2 yg mmbw kita kearahNya...kita akan fkir2 mcm tu.. awk tw kn? spe yg bwk awk untuk fkir mcm 2?
Dari Abu Hurairah, Rasulullah (SAW) bersabda “Jauhilah bersangka-sangka kerana ianya satu penipuan dalam berkata-kata” (riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud).
Dari Abu Musa Al-Asha’ri, Rasulullah (SAW) bersabda “Orang beriman itu ibarat sebuah bangunan, setiap satu menyokong yang lainnya” (riwayat Bukhari dan Muslim)
may Allah bless u magnet. uhibbuki fillah! <3 ^_^
waaa, sekali bg lirik lagu..hehe..sy thu lgu tu..huhu..terharu..sob..sob.. thanks magnet sedarkan sy, mmg tu sume syaitan yg bwa..tp3, sy dah counter balik dah kt bawah tu..sy xtenggelam dlm sume bisikan tu..sebaliknya sy bersyukur sgt2..thanks 4 being a gud friend of mine magnet..uhibbuki fillah aidhon..jazakallahukhairan kathiran~(^-^)
Hehe.. Sy suka la lgu tu..best n deep! :D
magnet!
Sy rsa..sy xmrh awk kutuk dri awk..
Tp sy nk mrh sbb xd watak sy!
Hua3..
Xtw plak..korang ngis yerr.. Sob3! Knp larr sy dmm hritu.. Dh missed dat meaningful momment tu..hoho ;)
hehe..sbnrnya ada taw wtk awk..biar sy je yg thu kt part mna stu..huhu..
awak kena byk2 rehat time tu..xmo ngis2..nti lmbt elok..gpun, awak dtg msa tu betul2 lepas dh hbis ngis tu..hehe..perfect timing..(^-^)